Perkhidmatan Air dan Pembetungan

OBJEKTIF

  • Mewujudkan dasar bekalan air dan pembetungan bagi menyokong kemampanan industri dalam jangka masa panjang.
  • Mewujudkan mekanisme kawal selia industri perkhidmatan bekalan air dan pembetungan yang kondusif bagi menyokong kemampanan industri dalam jangka masa panjang. 
  • Mengimbangi aspek pemuliharaan alam sekitar dalam pembangunan industri perkhidmatan bekalan air dan pembetungan.

 

FUNGSI

  • Menggubal, melaksana, memantau dan menilai Dasar Industri Perkhidmatan Air
  • Merancang, menyelia dan menyelaras mekanisme pelaksanaan Dasar Industri Perkhidmatan Air
  • Menyedia mekanisme pelaksanaan dan pemantauan projek pembangunan industri perkhidmatan air 
  • Melaksanakan, memantau, menilai, menambah baik pelaksanaan Dasar Industri Perkhidmatan Air

 

PROGRAM

  • Program Non-Revenue Water (NRW) Kebangsaan Pendekatan 1 & 2
  • Kempen Kesedaran Penggunaan Air
  • Mekanisme Penetapan Tarif (Tariff Setting Mechanism-(TSM))
  • Kempen Penggunaan Produk Cekap Air
  • Peningkatan Pemulihan Perbelanjaan Operasi Operator Pembetungan Awam 
  • Pemantauan Program Capital expenditure (CAPEX) berdasarkan Pelan Perniagaan Operator Air
  • Pembinaan loji rawatan kumbahan dan rangkaian paip pembetungan 
  • Penghasilan Air Pulih Guna 

 

HALA TUJU & SASARAN

  • 28.5% (Tahun 2030)
    Peningkatan Kecekapan dan Kelestarian Pengurusan Bekalan Air Melalui Pengurangan Air Tidak Terhasil (NRW)
  • 200 L/C/D (Tahun 2025)
    Peningkatan Kemampanan Bekalan Air Melalui Pengurangan Penggunaan Air Domestik 
  • 10 - 15% (Tahun 2025)
    Peningkatan Keterjaminan Sekuriti Air Melalui Rizab Margin
  • 50 JLH (Tahun 2025)
    Pengukuhan Ekonomi Kitaran Dan Pelaksanaan Inisiatif Hijau Melalui Peningkatan Penggunaan Air Pulih Guna
  • TSM (Semakan Setiap 3 tahun)
    Peningkatan Kemampanan Kewangan Industri Bekalan Air Dan Pembetungan Melalui Pelarasan Air
  • 87.5% (Tahun 2025)
    Perluasan Liputan Perkhidmatan Pembetungan Awam Melalui Peningkatan Liputan Perkhidmatan Pembetungan Bersambung di Bandar-Bandar Utama
ATAS