Transformasi Digital PETRA
Pelan Strategik Pendigitalan PETRA
20262030
Dokumen panduan lima tahun untuk memacu agenda pendigitalan kementerian secara sistematik, menyelaras keperluan digital merentas Bahagian dan Unit serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.
Dokumen PDF · Dibuka dalam tab baharu Ringkasan: 299.4 MB · Penuh: 212.2 MB
Mengenai PSD PETRA
Hala tuju pendigitalan yang terselaras
PSD PETRA 2026–2030 menjadi rujukan utama bagi menyelaras inisiatif dan pelaburan digital kementerian. Pelan ini disejajarkan dengan Rancangan Pendigitalan Sektor Awam 2026–2030 dan Pelan Strategik PETRA 2026–2030 untuk memastikan pelaksanaan yang menyeluruh serta berimpak.
Kerangka Strategik
Tiga Teras Strategik
Keutamaan rasmi yang membentuk ekosistem digital PETRA yang bersepadu, selamat dan berdaya tahan.
Perkhidmatan Digital yang Inklusif dan Bersepadu
Memperkasa aplikasi, pengurusan maklumat, komunikasi dan data bagi penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap serta bersepadu.
Pemerkasaan Infrastruktur Digital yang Komprehensif dan Berdaya Tahan
Mengukuhkan infrastruktur, kesinambungan perkhidmatan serta perlindungan aset dan data melalui keselamatan siber yang menyeluruh.
Pemantapan Tadbir Urus dan Keupayaan Digital
Memantapkan dasar, pematuhan dan tadbir urus di samping memperkukuh kompetensi, literasi serta pembudayaan digital warga PETRA.
Penerbitan Digital
Dokumen PSD PETRA
Pilih versi ringkasan untuk rujukan pantas atau versi penuh untuk perincian pelan strategik.
Format PDF · Dibuka dalam tab baharu
Akses Pantas
Akses dokumen dengan mudah
Simpan pautan rasmi atau imbas kod QR untuk membuka halaman PSD PETRA daripada telefon bimbit, bahan taklimat atau poster.
- Pautan rasmi
- https://www.petra.gov.my/v2/article?id=psd-petra
- Pautan ringkas
- https://go.gov.my/PSD, dibuka dalam tab baharu
Imbas untuk akses PSD PETRA
go.gov.my/PSD