Objektif, Misi dan Visi
VISI

Bekalan elektrik dan pengurusan air yang mampan dan inklusif.
MISI

Mengurus dan membangunkan industri bekalan elektrik secara strategik dengan mengoptimumkan penggunaan tenaga dan meningkatkan kepelbagaian sumber tenaga; dan
Memperkasa pengurusan sumber air, perkhidmatan air dan pembetungan secara holistik.
OBJEKTIF

Merancang dan membangunkan dasar serta industri bekalan bagi memastikan bekalan elektrik yang terjamin, lestari dan mampu bayar;
Menggalakkan kecekapan tenaga serta mempelbagaikan sumber bagi menyokong agenda peralihan tenaga negara;
Mengintegrasikan pengurusan kawasan tadahan, lembangan sungai dan pesisir pantai bagi menyokong kelangsungan sumber air berkualiti serta memperkukuh ketahanan pesisir pantai dan pengurusan risiko banjir secara menyeluruh;
Memperkasa industri perkhidmatan air dan pembetungan melalui inovasi teknologi;
MMeningkatkan tahap liputan serta kualiti penyampaian perkhidmatan bekalan elektrik, air dan pembetungan bagi kesejahteraan rakyat;
Meningkatkan kesedaran, pendidikan dan budaya lestari dalam kalangan masyarakat supaya penggunaan tenaga dan air menjadi lebih cekap; dan
Memperkasa tadbir urus merangkumi modal insan, perundangan, pengurusan kewangan dan kolaborasi strategik.