sm sm sm sm

Piagam Pelanggan

  1. Memproses permohonan Lesen Awam (Penjanaan dan Pengagihan) dan Lesen Persendirian termasuk co-gen bagi pembekalan elektrik dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima daripada agensi kawal selia.
  2. Memproses permohonan Lesen Individu untuk Industri Perkhidmatan Air dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen lengkap daripada agensi kawal selia.
  3. Mengemukakan ulasan teknikal  berkaitan sumber air dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen lengkap.
  4. Mengemukakan maklum balas aduan SISPAA bagi kategori biasa dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh aduan diterima dalam SISPAA.
  5. Menerima aduan/ maklumat dan memberikan pemakluman penerimaan dan maklum balas awal kepada pengadu (jika ada) dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
  6. Menyediakan maklum balas keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang memerlukan tindakan segera dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh maklum balas diterima.
  7. Memastikan pencapaian sekurang-kurangnya 80% bagi perkhidmatan nasihat undang-undang yang berkualiti, professional dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap dan bergantung kepada kerumitan isu.
  8. Memproses bil/tuntutan bayaran dari tarikh terimaan dokumen yang lengkap dan sempurna dalam tempoh 14 hari.
  9. Mengemukakan maklum balas teguran audit dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh teguran diterima.
ATAS