Tinjauan Projek Wakaf Air Negeri Kedah

𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 𝐀𝐈𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 | 𝟕 𝐅𝐄𝐁 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐁𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah turun padang bagi meninjau pelaksanaan Projek Wakaf Air di Kampung Charok Puteh, Mukim Siong, Baling, Kedah hari ini.
Projek ini merupakan inisiatif murni untuk membantu penduduk Kampung Charok Puteh mendapat bekalan air yang lebih stabil dan bersih. Tinjauan ini penting bagi memastikan infrastruktur yang dibina berfungsi dengan optimum demi kesejahteraan komuniti setempat.