Tinjauan PETRA Skuad Ke Empangan Hydroelectric Plant (HEP) Batang Ai

𝐓𝐢𝐧𝐣𝐚𝐮𝐧 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐒𝐤𝐮𝐚𝐝 𝐤𝐞 𝐄𝐦𝐩𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐲𝐝𝐫𝐨𝐞𝐥𝐞𝐜𝐭𝐫𝐢𝐜 𝐏𝐥𝐚𝐧𝐭 (𝐇𝐄𝐏) 𝐁𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐢 | 𝟏𝟐 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐋𝐮𝐛𝐮𝐤 𝐀𝐧𝐭𝐮, 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤
YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta delegasi PETRA Skuad tiba Empangan Hydroelectric Plant (HEP) Batang Ai iaitu lokasi pertama dalam siri jelajah PETRA Skuad Sarawak kali ini.
Batang Ai HEP ditauliahkan pada tahun 1985, merupakan projek hidroelektrik pertama Sarawak dengan kapasiti sedia ada sebanyak 94 MW mampu membekalkan tenaga elektrik bersih kepada rakyat Sarawak.
Lebih menarik, Batang Ai HEP juga mempunyai tapak solar terapung hibrid terbesar di Malaysia dengan kapasiti 50MWac meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga boleh diperbaharui secara menyeluruh.
Sepanjang lebih 40 tahun beroperasi, Sarawak Energy Berhad melalui Batang Ai HEP bukan sahaja membekalkan tenaga hijau, malah terus memperkasa taraf hidup penduduk luar bandar serta memperkukuh keselamatan tenaga masa hadapan & berdaya tahan di negeri Sarawak.