The Global Good Governance (3G Championship) in Environmentally Sustainable Initiative 2026

𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐋𝐎𝐁𝐀𝐋 𝐆𝐎𝐎𝐃 𝐆𝐎𝐕𝐄𝐑𝐍𝐀𝐍𝐂𝐄 𝐀𝐖𝐀𝐑𝐃𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟐𝟖 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐈𝐍𝐆𝐀𝐏𝐔𝐑𝐀
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) atas kejayaan merangkul anugerah Global Good Governance (3G Championship) in Environmentally Sustainable Initiative 2026.
Anugerah berprestij ini telah diterima oleh YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA, mewakili PETRA sempena 11th Global Governance Summit 2026 yang berlangsung di Singapura.
Pengiktirafan ini merupakan bukti komitmen berterusan PETRA dalam melestarikan alam sekitar melalui aspirasi peralihan tenaga serta transformasi air negara yang mampan.
Syabas warga PETRA! 