The 8th World Conference on Islamic Thought and Civilization (WCIT 2026)

𝐓𝐇𝐄 𝟖𝐓𝐇 𝐖𝐎𝐑𝐋𝐃 𝐂𝐎𝐍𝐅𝐄𝐑𝐄𝐍𝐂𝐄 𝐎𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌𝐈𝐂 𝐓𝐇𝐎𝐔𝐆𝐇𝐓 & 𝐂𝐈𝐕𝐈𝐋𝐈𝐙𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 (𝐖𝐂𝐈𝐓𝟐𝟎𝟐𝟔)| 𝟐𝟏 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐈𝐏𝐎𝐇, 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊
YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA hadir sebagai ahli panel Sesi Dialog Diraja sempena World Conference on Islamic Thought and Civilization (WCIT 2026) yang berlangsung di Casuarina @ Meru, Ipoh, Perak.
Persidangan berprestij ini diserikan dengan keberangkatan dan Titah Utama DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang menggariskan kepentingan keutuhan nilai, kepimpinan berintegriti dan perpaduan dalam membina tamadun yang berdaya tahan.
Dalam sesi dialog tersebut, YAB Timbalan Perdana Menteri menekankan hubungkait antara keselamatan tenaga dan maritim global dengan rantaian bekalan serta ekonomi negara. Sejajar dengan prinsip kepimpinan 𝘊𝘪𝘳𝘤𝘭𝘦 𝘰𝘧 𝘐𝘯𝘧𝘭𝘶𝘦𝘯𝘤𝘦, kementerian kekal komited memperkukuh daya tahan negara melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), kepelbagaian sumber tenaga, dan kesiapsiagaan strategik demi memastikan kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara yang berterusan.