Taklimat Khas Memahami Zon Pelindungan 800 kWj dan Menguruskan Bil Elektrik

𝐌𝐄𝐌𝐀𝐇𝐀𝐌𝐈 𝐙𝐎𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝟖𝟎𝟎 𝐤𝐖𝐣 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐋 𝐄𝐋𝐄𝐊𝐓𝐑𝐈𝐊 𝐊𝐈𝐓𝐀 | 𝟐𝟑 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengadakan taklimat khas bagi memberi penjelasan berhubung isu bil elektrik yang menjadi perhatian rakyat ketika ini.
Antara perkara utama yang dijelaskan ialah faktor yang mempengaruhi penggunaan dan bil elektrik, mekanisme pelarasan kos serta langkah Kerajaan dalam melindungi pengguna domestik.
Bermula bagi penggunaan 𝟏 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟑𝟏 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔, zon perlindungan pengguna domestik telah diperluaskan daripada 𝟔𝟎𝟎 𝐤𝐖𝐣 kepada 𝟖𝟎𝟎 𝐤𝐖𝐣 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧. Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 8 juta pengguna domestik.
Pengguna juga digalakkan untuk terus mengurus penggunaan elektrik secara bijak dengan:
* memantau penggunaan melalui aplikasi myTNB;
* menggunakan elektrik secara berhemah; dan
* memanfaatkan Tarif Time-of-Use (ToU) mengikut kesesuaian penggunaan.
Taklimat khas ini telah disampaikan oleh wakil daripada TNB iaitu Encik Osman bin Mohammad Sany, Pengurus Besar Kanan (Ekonomi Kawal Selia), Bahagian Kawal Selia & Pengurusan Pemegang Taruh, Puan Nazreen Omar, Pengurus Kanan (Caj dan Tarif), Bahagian Retail dan Puan Anita Perumal, Ketua Komunikasi Strategik.
PETRA akan terus memperkukuh komunikasi dan penerangan kepada rakyat bagi memastikan maklumat berkaitan bil elektrik dapat difahami dengan jelas dan tepat.