Sesi Perkongsian Bicara Madani, Merdeka Hingga Ke Syurga

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 “𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝐇𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀 𝐊𝐄 𝐒𝐘𝐔𝐑𝐆𝐀” | 𝟐𝟏 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menerusi Unit Integriti telah berjaya menganjurkan Sesi Perkongsian Bicara Madani bertajuk “Merdeka Hingga Ke Syurga” secara dalam talian. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan melebihi 200 orang pegawai daripada PETRA, kementerian, serta agensi luar.
Mesej utama perkongsian menekankan bahawa kemerdekaan hakiki seorang mukmin bukan sekadar bebas daripada penjajahan fizikal, malah membebaskan diri daripada belenggu kemungkaran dan hawa nafsu. Setiap individu diseru untuk sentiasa berusaha memperbaiki diri, memperbanyakkan amal soleh, serta beristiqamah dalam kebaikan menuju Syurga Firdausi.
Semoga pengisian ini menjadi pedoman dan pendorong buat kita semua untuk terus meningkatkan ketakwaan serta memantapkan integriti diri.