Sesi Perjumpaan YB Timbalan Menteri PETRA Bersama Warga Kementerian Bagi Bulan September 2026

𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐁 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟑 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐃𝐔𝐑𝐈, 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengadakan Sesi Perjumpaan YB Timbalan Menteri PETRA, YB Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad bersama warga kementerian sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026. Majlis dimulakan dengan doa buat YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA, agar dikurniakan kesembuhan segera dan kembali memimpin kementerian.
Menerusi amanatnya, YB Timbalan Menteri menekankan pemaknaan kemerdekaan selaras dengan tema "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati", di mana tugas mengurus bekalan elektrik, tebatan banjir, air serta pembetungan merupakan amanah penting yang menjadi asas kepada kehidupan rakyat dan pembangunan negara.
Perhimpunan ini turut disiarkan dengan majlis Pelancaran Pelan Strategik Pendigitalan PETRA 2026–2030 (PSD PETRA) yang berfungsi sebagai pelan induk untuk memacu transformasi digital penyampaian perkhidmatan kementerian agar lebih cekap, pantas, dan responsif berasaskan data. Pada masa yang sama, seluruh warga PETRA mengucapkan tahniah atas kejayaan di cemerlang peringkat serantau menerusi 𝘎𝘰𝘷𝘔𝘦𝘥𝘪𝘢 𝘊𝘰𝘯𝘧𝘦𝘳𝘦𝘯𝘤𝘦 & 𝘈𝘸𝘢𝘳𝘥𝘴 2026 di Singapura, di mana PETRA Skuad memenangi anugerah 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 𝘖𝘶𝘵𝘳𝘦𝘢𝘤𝘩 𝘗𝘳𝘰𝘫𝘦𝘤𝘵 𝘰𝘧 𝘵𝘩𝘦 𝘠𝘦𝘢𝘳: 𝘊𝘰𝘮𝘮𝘶𝘯𝘪𝘤𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘴 dan PAAB merangkul 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 𝘦-𝘎𝘰𝘷𝘦𝘳𝘯𝘢𝘯𝘤𝘦 𝘗𝘳𝘰𝘫𝘦𝘤𝘵 𝘰𝘧 𝘵𝘩𝘦 𝘠𝘦𝘢𝘳: 𝘜𝘵𝘪𝘭𝘪𝘵𝘪𝘦𝘴 menerusi Sistem i-Declare.