Sesi Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Anjuran Kementerian Pengangkutan

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 | 𝟗 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐃𝐔𝐑𝐈, 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hadir dalam Sesi Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian secara dalam talian yang mana sesi kali ini, Kementerian Pengangkutan menjadi penganjur. Dalam ucapan pendahuluan YAB Perdana Menteri, beliau menegaskan kepentingan menapis berita terutama menolak berita palsu dan mengambil berita sahih.
Selain itu, beliau memuji komitmen penjawat awam dalam memperkukuh ekonomi negara melalui kestabilan ringgit serta kadar inflasi yang rendah meskipun berdepan cabaran geopolitik global.