Sesi Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈 | 𝟖 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
Warga Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini telah menyertai Sesi Perjumpaan YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim bersama warga kementerian secara atas talian.
Majlis yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi ini telah diikuti secara langsung oleh barisan pengurusan tertinggi dan warga PETRA bertempat di Bilik Mesyuarat Mutiara, Menara PETRA.
Sesi ini menjadi platform penting dalam memperkukuh sinergi antara kepimpinan negara dan penjawat awam, selain mendengar amanat khas YAB Perdana Menteri dalam memacu agenda kemampanan dan transformasi perkhidmatan awam demi kesejahteraan rakyat.