Sesi Perjumpaan YAB Menteri PETRA Bersama Warga dan Amanat Tahun Baharu 2026

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐁 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐈𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟐𝟗 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini telah mengadakan Sesi Perjumpaan YAB Menteri bersama warga kerja kementerian bertempat di Dewan Baiduri, Menara PETRA. Majlis ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2026 sebagai garis panduan dan hala tuju strategik kementerian dalam memperkukuh agenda peralihan tenaga serta transformasi air negara bagi tahun 2026.
Kemuncak majlis menyaksikan pelancaran rasmi Pelan Strategik PETRA 2026-2030 (PSP26-30) yang dirangka sebagai dokumen utama bagi memeta hala tuju kementerian untuk lima tahun akan datang melalui enam teras strategik utama serta pencapain membanggakan seperti prestasi perbelanjaan pembangunan yang mencecah 99.50% serta kejayaan PETRA menduduki tangga pertama bagi indeks keseronokan bekerja dalam kalangan kementerian.