Sesi Perjumpaan YAB Menteri PETRA Bersama Warga PETRA bagi bulan Mei 2026

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐁 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐈𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟐𝟐 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐃𝐔𝐑𝐈, 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menganjurkan Sesi Perjumpaan YAB Menteri Bersama Warga PETRA bagi bulan Mei 2026 yang disempurnakan oleh YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA. Majlis yang berlangsung di Dewan Baiduri ini turut dihadiri oleh YB Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri PETRA, YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA, Ketua-Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi, serta seluruh warga PETRA.
Dalam amanatnya, YAB Timbalan Perdana Menteri menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga PETRA yang menggalas tanggungjawab kritikal dalam menguruskan keperluan asas negara. Beliau menegaskan bahawa kemampanan sektor air dan tenaga amat penting demi kesejahteraan rakyat, di samping mengingatkan semua pihak tentang kepentingan membudayakan penjimatan elektrik dan air bagi menjamin keterjaminan bekalan yang berterusan pada masa hadapan.
Majlis penuh bermakna ini turut menyaksikan pelancaran inisiatif Rebat Solar: Solar Home serta penyampaian Anugerah Inovasi Menteri (AIM) PETRA. Anugerah berprestij AIM pada kali ini menobatkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan tajuk projek, pembinaan empangan Sabo serta kerja-kerja berkaitan di daerah Yan dan Kuala Muda, Kedah Fasa 1, sekali gus membuktikan komitmen tinggi warga kerja kementerian dalam memacu transformasi tenaga dan air negara.