Sesi Perjumpaan KSU PETRA Bersama Kumpulan Jurutera (Awam) Gred J14 Daripada JPS

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀 (𝐀𝐖𝐀𝐌) 𝐆𝐑𝐄𝐃 𝐉𝟏𝟒 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐋𝐈𝐑𝐀𝐍 | 𝟐𝟏 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
YBhg. Dato’ Sri Haji Mad Zaidi Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), hari ini telah menyempurnakan Sesi Perjumpaan bersama kumpulan Jurutera (Awam) Gred J14 daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Sesi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Menara PETRA ini memberikan tumpuan kepada perkongsian aspirasi kementerian dalam memacu agenda pengurusan air yang mampan. Ia juga menjadi platform interaktif bagi YBhg. KSU untuk menyampaikan amanat serta mendengar maklum balas secara langsung daripada kumpulan teknikal barisan hadapan di peringkat JPS.
Semoga perkongsian ilmu dan pandangan daripada sesi ini akan terus memotivasi kumpulan Jurutera J14 untuk meningkatkan prestasi, integriti, dan sumbangan cemerlang dalam mengurus sumber air negara demi kesejahteraan rakyat, selaras dengan visi PETRA.