Sesi Perhimpunan Bulanan YAB Perdana Menteri Bulan Februari

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 | 𝟗 𝐅𝐄𝐁 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
Seluruh warga Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengikuti Sesi Perhimpunan Bulanan YAB Perdana Menteri bagi bulan Februari secara dalam talian bertempat di Dewan Baiduri, Menara PETRA.
Sesi perhimpunan ini bertujuan untuk memberi ruang kepada seluruh penjawat awam, khususnya warga PETRA, bagi menghayati amanat dan hala tuju semasa yang disampaikan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.