Sesi Penilaian dan Pemarkahan AIM PETRA Tahun 2026 Bagi Projek Pembangunan PETRA

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐑𝐊𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 (𝐀𝐈𝐌) 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐉𝐏𝐒 | 𝟏𝟓 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐌𝐀𝐒, 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍
Sesi Penilaian dan Pemarkahan Anugerah Inovasi Menteri (AIM) PETRA Tahun 2026 Bagi Projek Pembangunan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah berjaya dilaksanakan di Pasir Mas, Kelantan.
Sesi penilaian penanda aras ini berfokus kepada Projek Penstabilan Tebing Sungai Kelantan di Kampung Pengkalan Pasir, Pasir Mas, Kelantan yang dikendalikan di bawah pelaksanaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Penganjuran sesi ini bertujuan untuk menilai, mengiktiraf, dan memberi penghargaan setingginya terhadap pencapaian inovasi berimpak tinggi yang dihasilkan sepanjang pelaksanaan projek berkenaan. Langkah ini amat penting bagi memastikan setiap reka bentuk dan kaedah inovatif yang diketengahkan memenuhi kriteria ketat yang ditetapkan, merangkumi aspek keberkesanan, impak positif kepada masyarakat setempat, kebolehgunaan, penjimatan kos, serta sumbangan berterusan dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam.
PETRA menerusi Bahagian Pembangunan sentiasa komited dalam memacu budaya inovasi dan pemikiran kreatif demi memperkasakan pengurusan sumber air serta infrastruktur negara secara mampan.