Sesi Libat Urus Strategik Solar Bumiputera

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐑 𝐁𝐔𝐌𝐈𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀 | 𝟏𝟔 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐃𝐔𝐑𝐈, 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama pengurusan tertinggi PETRA menghadiri Sesi Libat Urus Strategik Solar Bumiputera. Sesi ini merupakan platform penting bagi Kerajaan untuk mendapatkan maklum balas secara langsung daripada pengusaha solar Bumiputera mengenai pelaksanaan program-program Tenaga Boleh Baharu (TBB) seperti LSS, CGPP, CRESS, dan Solar ATAP.
Antara fokus utama yang dibincangkan termasuklah meningkatkan campuran tenaga boleh baharu dalam penjanaan elektrik negara dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau bagi menangani impak perubahan iklim. Selain itu, SLU ini juga memastikan keselamatan serta kemampanan bekalan tenaga nasional dan menggalakkan pelaburan strategik dalam pembangunan industri hijau.
Melalui sesi dialog ini, pelbagai input bernas telah dikongsikan bagi memastikan pengusaha Bumiputera terus kompetitif dan menjadi pemangkin kepada aspirasi Net Zero 2050.