Sesi Libat Urus Strategik Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS)

ππππ πππππ ππππ πππππππππ πππππ | ππ πππ ππππ | πππππ πππππππ, ππππππ πππππ
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menganjurkan Sesi Libat Urus Strategik Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS) bertempat di Dewan Baiduri, Menara PETRA, Putrajaya. Sesi pengisian penting ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Program ini turut dihadiri oleh YBhg. Datoβ Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA dan YBrs. Puan Siti Safinah Binti Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga.
Program CRESS merupakan inisiatif penting Kerajaan MADANI untuk membolehkan pengguna korporat mendapatkan bekalan elektrik hijau secara terus daripada pemaju tenaga boleh baharu. Mekanisme ini bertujuan meluaskan akses tenaga bersih bagi sektor industri, menyokong komitmen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), serta memacu sasaran negara mencapai 70 peratus kapasiti tenaga boleh baharu menjelang tahun 2050.
Bagi memastikan pelaksanaan program ini lebih berkesan dan mampan, majlis telah diisi dengan pembentangan strategik daripada pihak PETRA dan Suruhanjaya Tenaga. Acara kemudiannya diteruskan dengan sesi dialog utama yang dikendalikan oleh YAB Menteri sebagai moderator bagi mengumpul pandangan serta maklum balas konstruktif secara terus daripada para pemegang taruh industri.