Sesi Libat Urus Pengucapan Awam dan Media Bagi Pengurusan Tertinggi PETRA

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟏𝟔 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Unit Komunikasi Korporat (UKK) telah menganjurkan Sesi Libat Urus Pengucapan Awam dan Media Bagi Pengurusan Tertinggi PETRA Tahun 2026.
Objektif utama program ini adalah untuk memperkasakan kemahiran pengucapan awam dan teknik pengendalian media. Inisiatif ini penting bagi memastikan penyampaian maklumat dan mesej strategik kementerian kepada khalayak umum dilaksanakan dengan lebih berkesan, telus, dan profesional.