Sesi Jerayawara Dasar Air Negara Zon Selatan

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐉𝐄𝐑𝐀𝐘𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐀𝐈𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐙𝐎𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍 | 𝟐𝟒 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐁𝐈𝐃𝐀𝐑𝐀, 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) telah mengadakan sesi Jerayawara Dasar Air Negara Zon Selatan yang menghimpunkan semua pihak berkepentingan dalam sektor air dari Melaka dan Johor. Ini sebahagian daripada usaha berterusan PETRA untuk memperkukuh kefahaman dan kesedaran dalam kalangan pihak berkepentingan di peringkat negeri mengenai Dasar Air Negara.
Jerayawara ini memperjelas peranan Dasar Air Negara sebagai kerangka strategik bagi memastikan ekosistem air diurus dengan mampan dan holistik, yang menyokong pertumbuhan ekonomi, kelangsungan perkhidmatan bekalan air dan pembetungan serta kelestarian alam sekitar. Dasar Air Negara akan memperkukuh penyelarasan antara dasar rentas sektor, perancangan pembangunan dan pelaksanaan oleh semua pemegang taruh.
Turut dibentangkan adalah kerangka utama Pelan Hala Tuju Air 2040 sebagai inisiatif yang melengkapi Dasar Air Negara bagi mentransformasikan sektor air sebagai sektor ekonomi yang berdaya saing.
Program ini turut menyediakan platform perbincangan yang konstruktif, selaras dengan keperluan pendekatan whole-of-government yang menuntut penglibatan bersama pihak berkepentingan di peringkat Persekutuan dan negeri.