Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI

𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐀𝐊𝐔 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 | 𝟏𝟒 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐃𝐔𝐑𝐈, 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Semangat cintakan negara terus disemarakkan menerusi Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI bertajuk “Aku Kasih Malaysia” anjuran Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) pada 14 Ogos 2026.
Seminar ini menjadi wadah untuk memperkukuh semangat patriotisme, menyemai rasa kasih dan bangga terhadap tanah air serta meningkatkan penghayatan terhadap nilai kenegaraan dalam kalangan warga PETRA.
Turut hadir Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), YBhg. Dato’ Mohd Norhisham bin Musa, yang turut menyampaikan ucapan penutup diiringi Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Puan Syaripah Nurzalilie binti Syed Kamarzaman.
Seminar ini turut menampilkan barisan penceramah daripada Akademi Kenegaraan Malaysia, iaitu Puan Nurhafiza binti Mohammad Fadzil, Encik Noey Izwan bin Hashim dan Encik Mohd Aizal bin Halam Shah, yang berkongsi ilmu, pandangan dan penghayatan mengenai semangat kenegaraan serta kecintaan kepada Malaysia.
Semoga pengisian seminar ini terus menyuburkan semangat patriotisme dan memperteguh tekad seluruh warga PETRA untuk bersama-sama menyumbang kepada kemajuan, keharmonian dan kesejahteraan negara.