Seminar Buli di Tempat Kerja

𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐁𝐔𝐋𝐈 𝐃𝐈 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 | 𝟏𝟏 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah berjaya menganjurkan Seminar Buli di Tempat Kerja yang disampaikan oleh YM Dr. Raja Kamariah binti Raja Mohd Khalid, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Seminar ini bermatlamat untuk memberikan pendedahan mendalam kepada warga PETRA seperti mengenali buli dan teknik resiliensi psikologi kepada warga kerja mengenai cara menangani persekitaran kerja, di samping memperkukuh teknik jati diri serta ketahanan mental dalam mendepani cabaran profesionalisme.
Semoga input yang diperolehi dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi mewujudkan budaya kerja yang lebih harmoni, saling menghormati dan produktif.