Sambutan Hari Wanita Antarabangsa Tahun 2026 (SHWA26)

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟏𝟎 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐌𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐌𝐈𝐓𝐄𝐂)
YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama warga kerja PETRA telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa Tahun 2026 (SHWA26) bertempat di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.
Sambutan ini merupakan satu bentuk pengiktirafan tertinggi Kerajaan ke atas sumbangan wanita dalam pembangunan keluarga, masyarakat, dan negara. Dalam pada itu, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Inisiatif PRISMAnita dan menyampaikan Anugerah SHWA26.