Sambutan Hari Sungai Sedunia (HSS) Peringkat Kebangsaan 2026

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 (𝐇𝐒𝐒) 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟐𝟒 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐈𝐁𝐔, 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah menganjurkan Sambutan Hari Sungai Sedunia (HSS) Peringkat Kebangsaan 2026 bertemakan “Sungai dan Alur dalam Komuniti Kita” di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 2, Sibu, Sarawak.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, serta disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA, YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof.
Sebagai bukti komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan terhadap kelestarian sumber air di Sarawak, sebanyak 46 projek berkaitan air bernilai RM7.4 bilion telah diluluskan di bawah Rolling Plan 1 (RP1), Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13). Langkah ini merangkumi pelaksanaan 33 projek sambungan dan 13 projek baharu demi menjamin sekuriti air, mengurangkan risiko bencana serta mempertingkat kesejahteraan rakyat.
Acara gilang-gemilang ini turut menyaksikan peluncuran Garis Panduan Pembangunan dalam Koridor Sungai, penyerahan enam projek siap kepada Kerajaan Sarawak, penyampaian Anugerah Khas Sumber Air (AKSA) 2026, serta pengukuhan inisiatif Denai Sungai Kebangsaan (DSK).
Turut hadir bersama memeriahkan majlis ialah Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato' Seri Tiong King Sing; Timbalan-timbalan Menteri; Ketua Setiausaha PETRA, YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli; Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Air) PETRA, YBhg. Dato’ Haji Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri; Ketua Pengarah JPS Malaysia, YBhg. Datuk Ir. Mohamad Radzi bin Abdul Talib; Pengarah JPS Sarawak, YBhg. Datu Ir. Ts. Haji Ahmad Denny bin Haji Ahmad Fauzi serta masyarakat setempat.
Selaras dengan Dasar Air Negara dan Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 (AIR 2040), PETRA komited memperkukuh kerjasama bersama Kerajaan Sarawak dan seluruh masyarakat bagi memelihara khazanah sungai negara demi generasi akan datang.