Sambutan Hari Pekerja 2026

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟏 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐔𝐍𝐈𝐅𝐈 𝐀𝐑𝐄𝐍𝐀, 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑
Kontinjen Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah hadir memberikan sokongan padu bagi menjayakan Sambutan Hari Pekerja 2026 yang berlangsung dengan penuh meriah di Unifi Arena, Bukit Jalil hari ini.
Majlis gilang-gemilang ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Kehadiran warga PETRA dalam sambutan bertemakan "Pekerja MADANI KESUMA Bangsa" ini mencerminkan komitmen kementerian dalam mendukung aspirasi negara serta menghargai sumbangan tenaga kerja sebagai tonggak transformasi sektor tenaga dan air negara.
Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga kerja Malaysia, khususnya buat warga PETRA yang dedikasi!