Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟑𝟏 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
PETRA hadir memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Persiaran Putrajaya hari ini, diwakili oleh YB Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri PETRA dan YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA.
Lebih 100,000 pengunjung membanjiri Putrajaya bagi menyaksikan perarakan 76 kontinjen dengan penglibatan 10,819 peserta, pertunjukan udara aset TUDM, serta persembahan penutup lagu tema ‘Aku Berjanji’ oleh Faizal Tahir.
Semoga semangat "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati" terus mekar di hati kita semua. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69!