Program Transformasi Minda (PTM) PETRA 2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐃𝐀 (𝐏𝐓𝐌) 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐈𝐑 (𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀) 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟑𝟎 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈, 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menganjurkan Program Transformasi Minda (PTM) dari 26 hingga 30 Januari 2026 bertempat di Institut Kepimpinan dan Pembangunan, UiTM Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.
Seramai 34 orang peserta dari Kementerian dan Jabatan di bawah PETRA lantikan baharu telah menamatkan program ini dengan jayanya, yang merupakan salah satu syarat pengesahan dalam perkhidmatan. PTM PETRA bertujuan membentuk penjawat awam yang berintegriti, berwibawa serta memahami asas-asas prinsip, peraturan dan dasar-dasar perkhidmatan awam.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta PTM PETRA 2026. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara.