Program Titian Budaya Orang Asli Pabai

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐈𝐓𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐒𝐋𝐈 𝐏𝐀𝐁𝐀𝐈 | 𝟗 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐑𝐄𝐌𝐁𝐀𝐔, 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍
Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menganjurkan Program Titian Budaya Orang Asli Pabai yang berlangsung di Rembau, Negeri Sembilan. Majlis ini turut dihadiri YBhg. Datin Amar Hajah Ruziah binti Mohd Tahir, Penaung PUSPANITA PETRA bagi bersama-sama sepanjang program ini.
Program ini dilaksanakan sebagai satu inisiatif proaktif untuk mendekati, memahami, dan menghargai keunikan warisan budaya masyarakat Orang Asli di Kampung Pabai. Selain daripada memupuk integrasi sosial, program ini turut menjadi platform penyampaian sumbangan kebajikan bagi membantu meringankan beban serta meningkatkan kesejahteraan penduduk setempat.