Program Taklimat Khas Isu-Isu Semasa Mengenai Dasar dan NEEAP 2.0 2026–2035

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐈𝐒𝐔-𝐈𝐒𝐔 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐊𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 (𝐍𝐄𝐄𝐀𝐏 𝟐.𝟎) 𝟐𝟎𝟐𝟔–𝟐𝟎𝟑𝟓 | 𝟕 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) telah menganjurkan Program Taklimat Khas Isu-Isu Semasa Mengenai Dasar dan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara (NEEAP 2.0) 2026–2035 secara dalam talian. Program ini menyasarkan penglibatan 𝘒𝘦𝘺 𝘊𝘰𝘮𝘮𝘶𝘯𝘪𝘤𝘢𝘵𝘰𝘳𝘴 Kerajaan yang merangkumi pegawai JAPEN, Pegawai Perhubungan Awam kementerian dan agensi, rakan strategik serta ahli Komuniti MADANI dan Kawasan Rukun Tetangga.
NEEAP 2.0 merupakan antara instrumen penting dalam menyokong pencapaian objektif peralihan tenaga negara dengan memastikan pelaksanaan inisiatif Kecekapan Tenaga yang digerakkan secara selari dan bersepadu bagi memperkukuh keberkesanan agenda peralihan tenaga negara.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh Dr. Ida Syahrina binti Shukor, Timbalan Setiausaha Bahagian (Kecekapan Tenaga) PETRA, sebagai platform strategik untuk memantapkan pemahaman mengenai dasar serta inisiatif kecekapan tenaga negara. Usaha ini bertujuan membolehkan maklumat berkaitan disampaikan secara tepat dan berkesan kepada masyarakat di peringkat lapangan.