Program Sustainability Environment Asia (SEA) 2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐔𝐒𝐓𝐀𝐈𝐍𝐀𝐁𝐈𝐋𝐈𝐓𝐘 𝐄𝐍𝐕𝐈𝐑𝐎𝐍𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐀𝐒𝐈𝐀 (𝐒𝐄𝐀) 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟐𝟕 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐈𝐓𝐄𝐂, 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑
YB Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), hadir mewakili YAB Timbalan Perdana Menteri bagi merasmikan Program Sustainability Environment Asia (SEA) 2026 yang bertemakan “𝘋𝘳𝘪𝘷𝘪𝘯𝘨 𝘐𝘯𝘯𝘰𝘷𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘴 𝘧𝘰𝘳 𝘢 𝘚𝘶𝘴𝘵𝘢𝘪𝘯𝘢𝘣𝘭𝘦 𝘊𝘪𝘳𝘤𝘶𝘭𝘢𝘳 𝘌𝘤𝘰𝘯𝘰𝘮𝘺” di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Dalam ucapan beliau, penekanan utama diberikan kepada kepentingan inovasi sebagai pemacu ekonomi kitaran bagi memelihara serta menjana semula nilai sumber seperti tenaga dan air demi meningkatkan daya saing negara. Kerajaan meneruskan langkah strategik ini menerusi pelaksanaan Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 (AIR 2040) untuk menjamin keselamatan air negara melalui pendigitalan dan pengurangan kehilangan air. Di samping itu, Pembangunan Dasar Air Tebus Guna turut digubal bagi menyokong industri berintensif air, manakala Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) diperkasakan untuk mempercepat penggunaan tenaga bersih menerusi pendekatan 𝘙𝘦𝘨𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘵𝘪𝘷𝘦 𝘞𝘢𝘵𝘦𝘳-𝘌𝘯𝘦𝘳𝘨𝘺 𝘕𝘦𝘹𝘶𝘴.
Turut hadir memberi sokongan dalam majlis ini ialah YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA, YBhg. Dato' Seri Ir. Jaseni Maidinsa, Pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) serta para dif kehormat, pembuat dasar dan pemimpin industri dari seluruh rantau.