Program Smart Farming PUSPANITA

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓 𝐅𝐀𝐑𝐌𝐈𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 : 𝐇𝐈𝐃𝐑𝐎𝐏𝐎𝐍𝐈𝐊 𝐋𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈 | 𝟐𝟗 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐈𝐁𝐔 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐍𝐀𝐇𝐑𝐈𝐌
Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia Cawangan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PUSPANITA PETRA) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menganjurkan Program Smart Farming PUSPANITA: Hidroponik Lestari bertempat di Auditorium NAHRIM.
Penganjuran program ini bertujuan memperkenalkan kaedah pertanian pintar berasaskan hidroponik sebagai alternatif mampan kepada pertanian konvensional. Langkah ini selari dengan usaha meningkatkan kesedaran warga kementerian terhadap kepentingan teknologi hijau, keterjaminan makanan negara, serta kelestarian sumber air secara berterusan.
Program yang berlangsung penuh pengisian ini merangkumi sesi pengenalan 'Smart Farming' yang disampaikan oleh pakar industri, aktiviti praktikal hands-on tanaman hidroponik dan penuaian sayur di Rumah Hijau NAHRIM, serta jualan kit hidroponik dan sayuran komuniti.
Semoga inisiatif ini dapat menyemarakkan amalan gaya hidup hijau dan melestarikan alam sekitar dalam kalangan ahli PUSPANITA dan warga PETRA.