Program Sinergi Sejahtera Integrasi Kesihatan Mental dan Fizikal

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐈𝐍𝐄𝐑𝐆𝐈 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 : 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐅𝐈𝐙𝐈𝐊𝐀𝐋 | 𝟏𝟑 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐃𝐔𝐑𝐈, 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menganjurkan Program Sinergi Sejahtera : Integrasi Kesihatan Mental dan Fizikal pada 13 Julai 2026 bertempat di Dewan Baiduri, Menara PETRA.
Program ini disertai seramai 90 orang pegawai dan kakitangan dari Bahagian/Unit/Jabatan dan Agensi di bawah PETRA. Program ini menampilkan YBrs. Prof. Dr. Muhammad Aziz Shah bin Mohamad Arip, Pensyarah di Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selaku penceramah Slot Kesihatan Mental dan juga Coach Hanif Loid, Pempengaruh Media Sosial dan Selebriti Kecergasan selaku pengendali Slot Kesihatan Fizikal.
Penganjuran Program Sinergi Sejahtera: Integrasi Kesihatan Mental dan Fizikal telah mencapai objektif yang ditetapkan dengan memberikan pendedahan serta meningkatkan kesedaran warga PETRA mengenai kepentingan menjaga keseimbangan kesihatan mental dan fizikal sebagai asas kepada kesejahteraan diri dan kecemerlangan organisasi.
Melalui pengisian program yang merangkumi perkongsian berkaitan kesihatan mental dan kesihatan fizikal, para peserta telah memperoleh pengetahuan, kemahiran serta kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, mengurus tekanan secara positif, dan memperkukuhkan daya tahan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan serta persekitaran kerja.
Diharapkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini dapat diterapkan dalam kehidupan seharian serta menjadi pemangkin kepada pembentukan budaya kerja yang lebih sihat, harmoni dan produktif.