Program Sentuhan Kasih PUSPANITA Cawangan PETRA

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐧𝐭𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 | 𝟏𝟑 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤
PUSPANITA Cawangan PETRA telah menganjurkan Program Sentuhan Kasih di Hospital Umum Sarawak bagi menyantuni pesakit kanser kanak-kanak.
Kehadiran YBhg. Datin Amar Hajah Ruziah Mohd Tahir, Penaung PUSPANITA Cawangan PETRA, telah menceriakan wajah anak-anak kecil dengan menyampaikan hadiah dan duit raya.
Turut diadakan lawatan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) sebagai tanda sokongan dan keprihatinan kepada bayi-bayi yang menerima rawatan serta keluarga.
Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Dr. Ngian Hie Ung, Pengarah Hospital Umum Sarawak dan pasukan yang menyambut baik kedatangan PUSPANITA PETRA.
Semoga sedikit sumbangan ini mampu memberi sinar kegembiraan dan semangat buat mereka.