Program Selamat Air Raya Parlimen Lipis 2026

πππππππ πππππππ πππ ππππ ππππππππ πππππ ππππ | π πππ ππππ | πππππ πππππ, ππππππ
YB Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air telah merasmikan Program Selamat Air Raya Parlimen Lipis 2026 bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis.
Program yang dilaksanakan dengan kerjasama strategik Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pejabat Pendidikan Daerah Lipis ini merupakan manifestasi keprihatinan Kerajaan dalam mengimbangi aspek kebajikan rakyat dengan kesedaran terhadap pengurusan air negara. Dalam majlis tersebut, YB Timbalan Menteri telah menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat SPAN berjumlah RM104,000.00 yang diperuntukkan khusus kepada 200 pelajar daripada golongan asnaf. Penerima merangkumi murid sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, serta penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di sekitar Parlimen Lipis bagi membantu meringankan beban kos pendidikan mereka.
Turut hadir memberikan sokongan dalam majlis berkenaan ialah YBhg. Datoβ Ahmad Faizal bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, serta barisan kepimpinan agensi di bawah kementerian dan pemimpin masyarakat setempat. PETRA komited untuk memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.