Program Santunan Kasih Bersama Anak-Anak Kompleks Kebajikan Juma'ani Tuanku Haji Bujang

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐈𝐑 (𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀) 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐊𝐒 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐌𝐀'𝐀𝐍𝐈 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐁𝐔𝐉𝐀𝐍𝐆 | 𝟐𝟒 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐈𝐁𝐔, 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊
PUSPANITA PETRA menyantuni 65 anak yatim hari ini pada Program Santunan Kasih Bersama Anak-Anak Kompleks Kebajikan Juma'ani Tuanku Haji Bujang.
Sempena program tersebut, PUSPANITA PETRA turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada badan kebajikan terbabit dan penghuninya. Sumbangan disampaikan oleh Penaung PUSPANITA PETRA, YABhg. Datin Amar Hajah Ruziah Mohd Tahir.
Program Santunan Kasih merupakan salah satu inisiatif kebajikan dan kemasyarakatan PUSPANITA PETRA yang bertujuan menyantuni anak-anak yatim melalui aktiviti yang dapat memberikan sokongan moral dan sumbangan, perhatian serta kegembiraan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Program ini mencerminkan keprihatinan PUSPANITA terhadap kebajikan golongan yang memerlukan, di samping memupuk nilai kasih sayang, empati, keprihatinan dan semangat kebersamaan dalam kalangan ahli.
Turut hadir Pengerusi PUSPANITA PETRA, Roshana Alma Mohd Ali, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak Datu Ahmad Denney Ahmad Fauzi dan Ahli Lembaga PERYATIM Sarawak merangkap Pengerusi Kompleks Kebajikan Juma'ani Tuanku Haji Bujang, YBhg. Dato’ Haji Mohamad Yusnar bin Haji Matalie.