Program Pementoran Kompetensi

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐄𝐓𝐄𝐍𝐒𝐈 | 𝟐𝟒 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menganjurkan Program Pementoran Kompetensi pada hari ini, 24 April 2026 bertempat di Menara PETRA.
Seramai 9 orang mentor dan 9 orang menti telah diberikan pendedahan mendalam mengenai konsep pelaksanaan program pementoran kompetensi yang akan berjalan selama enam (6) bulan.
Objektif utama program adalah untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan, meningkatkan hubungan professional dan membina keyakinan diri melalui sistem sokongan moral daripada pegawai yang lebih berpengalaman.
Program Pementoran Kompetensi ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Norhisham bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) PETRA.
Ribuan terima kasih atas sokongan padu daripada pihak pengurusan tertinggi, mentor dan menti dalam menjayakan inisiatif strategik ini.