Program Pasar Hawa 2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐇𝐀𝐖𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟐𝟓 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐃𝐔𝐑𝐈, 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia cawangan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PUSPANITA PETRA) telah menganjurkan Program Pasar Hawa 2026.
Turut hadir YBhg. Datin Amar Hajah Ruziah Mohd Tahir, Penaung PUSPANITA PETRA, dan Puan Roshana Alma Mohd Ali, Pengerusi PUSPANITA PETRA meninjau serta beramah mesra para penjual dan pengunjung yang hadir.
Penganjuran program ini telah menyediakan platform keusahawanan khusus kepada ahli PUSPANITA bagi mempromosikan dan menjual pelbagai produk menarik termasuk barangan kecantikan dan kesihatan, pakaian, tudung, telekung, aksesori wanita, serta aneka makanan dan minuman.
Di samping itu, program ini turut mendapat sambutan menggalakkan menerusi jualan barangan 𝘱𝘳𝘦𝘭𝘰𝘷𝘦𝘥 di bawah inisiatif "Guna Semula, Jana Nilai!" yang bertujuan membudayakan amalan kelestarian, penjimatan, dan persekitaran hijau dalam kalangan warga kementerian.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kementerian serta para pengunjung yang hadir menyokong dan menjayakan program ini. Semoga usaha ini terus memupuk semangat keusahawanan dan amalan beramal dalam kalangan ahli serta warga kementerian.