Program MELP Bersama Komuniti Mukim Cheka 1, Pahang

πππππππ ππππππππ ππππππ ππππππππ πππππππ πππππππ ππππππππ ππ πππππ πππππ π, πππππ πππππ, ππππππ | π πππππππππ ππππ | πππππ πππππ, ππππππ
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan kerjasama Malaysia Energy Literacy Program (MELP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menganjurkan Program MELP Bersama Komuniti bertempat di Dewan Terbuka, Kampung Mela, Mukim Cheka 1, Kuala Lipis, Pahang.
Majlis yang disempurnakan oleh YB Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri PETRA, bertujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat mengenai kepentingan keselamatan elektrik, kecekapan tenaga serta kemudahan digital seperti aplikasi myTNB dan pencerahan Bil Elektrik.
Program ini turut menyaksikan penyerahan Sumbangan ππ°π³π±π°π³π’π΅π¦ ππ°π€πͺπ’π ππ¦π΄π±π°π―π΄πͺπ£πͺππͺπ΅πΊ (CSR) daripada pihak TNB kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Al-Ihsan, Komuniti Kampung Gua dan Komuniti Mukim Cheka 1.
Turut hadir menyerikan majlis ialah YBrs. Puan Mareena binti Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) PETRA; Datuk Kamal Arifin bin A. Rahman, Chief Retail Officer TNB; Puan Shahannom binti Izham, Chief Regulatory Stakeholder Management Officer TNB; YH Datoβ Mohd Hafizi bin Ibrahim, Pegawai Daerah Kuala Lipis; serta pegawai-pegawai kanan PETRA, Suruhanjaya Tenaga (ST), TNB dan penduduk setempat.