Program Literasi Psikologi

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐈𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈: 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐏𝐈 𝐊𝐄𝐓𝐀𝐖𝐀, 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐋𝐄𝐆𝐀 | 𝟏𝟔 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah mengadakan Program Literasi Psikologi: Terapi Ketawa, Hati Lega pada 16 Oktober 2026 bertempat di Bilik Makan VIP, Aras 13, Menara PERTA. Program ini disertai seramai 50 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian dan Jabatan. Program ini dikendalikan oleh YBrs. Dr. Norzah binti Abd Ghani yang merupakan seorang Pengamal Terapi Ketawa di Malaysia.
Program Literasi Psikologi: Terapi Ketawa, Hati Lega ini diadakan bertujuan sebagai salah satu inisiatif meningkatkan kesejahteraan psikologi, mengurangkan tekanan serta mewujudkan suasana kerja yang lebih positif dalam kalangan warga PETRA. Selain itu, program ini juga dapat memberi pendedahan teknik penjagaan kesejahteraan psikologi melalui terapi ketawa yang bersifat mudah, menyeronokkan dan praktikal kepada warga kerja PETRA.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana telah menamatkan program dengan jayanya. Semoga ilmu yang telah diperoleh dapat dimanfaatkan untuk kementerian, perkhidmatan awam dan negara.