Program Lawatan Cakna Pengurusan Rekod dan Warisan Sejarah Negara Ke Arkib Negara Malaysia

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐂𝐀𝐊𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐊𝐎𝐃 𝐃𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐊𝐄 𝐀𝐑𝐊𝐈𝐁 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 | 𝟐𝟏 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐀𝐑𝐊𝐈𝐁 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀, 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑
Seramai 45 orang Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menyertai Program Lawatan Cakna Pengurusan Rekod dan Warisan Sejarah Negara ke Arkib Negara Malaysia pada 21 Oktober 2026.
Program ini merupakan inisiatif untuk memperkukuh pengetahuan dan kesedaran warga PETRA terhadap kepentingan pengurusan rekod awam yang sistematik, teratur dan berkesan, di samping meningkatkan penghargaan terhadap usaha pemeliharaan warisan sejarah negara.
Lawatan ini turut menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman bagi mempertingkat keupayaan PRJ dan PTRJ dalam melaksanakan tanggungjawab pengurusan rekod di Bahagian/Unit masing-masing, selaras dengan usaha memperkukuh tadbir urus rekod dan menyokong agenda pendigitalan sektor awam.
Rekod bukan sekadar dokumen, tetapi merupakan bukti pentadbiran, sumber rujukan dan khazanah sejarah yang perlu dipelihara demi kesinambungan ilmu serta kepentingan generasi akan datang.