Program Jom Kitar Semula Bersama PETRA

πππππππ πππ πππππ ππππππ πππππππ πππππ | ππ πππππ ππππ | ππππππππππ ππππ, ππππππ πππππ
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menganjurkan Program Jom Kitar Semula Bersama PETRA yang berlangsung di Pekarangan Lobi, Menara PETRA.
Berteraskan slogan βUbah Sampah Jadi Emas, Sayangi Bumi Tanpa Batasβ, program ini memberi peluang kepada warga PETRA dan orang ramai untuk memperoleh pulangan melalui pengumpulan serta kitar semula bahan-bahan terpakai dalam kehidupan seharian.
Penganjuran program ini turut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pengurusan sisa secara bertanggungjawab, di samping menggalakkan amalan kitar semula sebagai sebahagian daripada gaya hidup lestari.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan PETRA dalam menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar, mengurangkan jumlah sisa ke tapak pelupusan serta membudayakan amalan hijau demi kesejahteraan generasi masa kini dan akan datang.