Program Jelajah Psikologi2U Siri 3 Tahun 2026 di Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP)

πππππππ πππππππ πππππππππππ πππππ ππππ π/ππππ | π ππππ ππππ | πππππππ πππππππ ππππππππππππ πππππππππππ (πππ), πππππππππ
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), telah mengadakan Program Jelajah Psikologi2U Siri 3 Tahun 2026 di Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) pada 7 Ogos 2026. Program ini disertai seramai 40 orang pegawai dan kakitangan dari Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP).
Inisiatif Program Jelajah Psikologi2U PETRA Tahun 2026 dilancarkan bertujuan untuk mengoptimumkan penyampaian perkhidmatan psikologi kepada seluruh warga PETRA, merangkumi aspek penilaian, intervensi, dan pembangunan personel. Fokus utama program ini adalah untuk mengikis stigma negatif dan membina persepsi yang lebih sihat terhadap perkhidmatan psikologi serta kaunseling di tempat kerja.
Melalui pelbagai aktiviti yang dirangka, inisiatif ini disasarkan dapat meningkatkan tahap kesejahteraan mental pegawai, khususnya dalam pengurusan stres, anjakan paradigma (set minda), serta keupayaan mendepani cabaran psikologi. Selain itu, ia berfungsi sebagai platform sokongan kerjaya berterusan yang inklusif, menampilkan modul yang bersesuaian untuk semua lapisan perkhidmatanβbermula dari penjawat baharu hinggalah kepada mereka yang menghampiri fasa persaraan.
Secara keseluruhannya, penganjuran program ini diharap mampu memupuk kesedaran tentang keutamaan kesihatan mental, di samping melengkapkan peserta dengan ilmu dan kemahiran asas untuk mengurus emosi, tekanan, dan kesejahteraan diri dengan cemerlang.