Program Jalan Laju @ Brisk Walk PETRA Tahun 2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐉𝐔 @ 𝐁𝐑𝐈𝐒𝐊𝐖𝐀𝐋𝐊 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟏𝟗 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah berjaya menganjurkan Program Jalan Laju @ Brisk Walk PETRA Tahun 2026 bagi Siri Bahasa dengan kehadiran dan sokongan padu daripada warga kementerian. Usaha murni ini dilaksanakan bagi memupuk budaya gaya hidup yang aktif dan sihat, sekali gus memperkukuh jalinan ukhuwah serta semangat kerja sepasukan dalam kalangan warga PETRA.
Atur cara majlis telah dimulakan dengan ketibaan YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA serta Pengurusan Tertinggi PETRA pada jam 5.00 petang, yang kemudiannya disusuli dengan sesi senamrobik bagi mempersiapkan para peserta. Upacara pelepasan (𝘧𝘭𝘢𝘨 𝘰𝘧𝘧) bagi acara jalan laju dengan jarak sejauh 3 kilometer ini telah disempurnakan sejurus selepas itu. Sepanjang laluan riadah, para peserta telah menunjukkan semangat yang tinggi dengan menyertai pelbagai aktiviti menarik di setiap checkpoint, sebelum kembali ke pekarangan lobi menara untuk acara cabutan bertuah dan bersurai.
Syabas dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga PETRA yang telah hadir dan menjayakan program petang ini. Semoga semangat kecergasan ini dapat diteruskan demi kesejahteraan bersama!