Program Ibadah Korban PETRA

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 | 𝟐𝟖 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐈𝐙𝐀𝐍 𝐙𝐀𝐈𝐍𝐀𝐋 𝐀𝐁𝐈𝐃𝐈𝐍, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
Program Ibadah Korban Anjuran Surau An-Nur, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan kerjasama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTZA) dan Hospital Putrajaya telah berlangsung pada 28 Mei 2026 bertempat di Pekarangan Tapak Parkir Masjid.
Seramai 103 sukarelawan terlibat merangkumi warga PETRA dan penjawat awam dari pelbagai Kementerian/Jabatan menyertai program ibadah korban pada tahun ini.
Sebanyak lima (5) lembu sumbangan dari YAB Menteri PETRA serta Jabatan/Agensi di bawah PETRA iaitu Indah Water Konsortium Berhad (IWK), Tenaga Nasional Berhad (TNB),Sustainable Energy Development Authority (SEDA), Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) manakala sebanyak tiga (3) ekor lembu korban penyertaan peserta PETRA.
YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) turut hadir dan menyempurnakan agihan daging korban. Turut hadir YBhg Dato' Mohd Norhisham bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) PETRA dan pegawai-pegawai PETRA serta agensi yang terlibat.
Semoga ibadah korban kita pada tahun ini diterima dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
Selamat Hari Raya Aidiladha.
"Pengorbanan Menuntut Keikhlasan"