Program Hari Terbuka BPSM PETRA

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐌𝐀𝐍𝐔𝐒𝐈𝐀 (𝐁𝐏𝐒𝐌), 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 | 𝟐𝟕 𝐇𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀 𝟐𝟗 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐃𝐔𝐑𝐈, 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Tranformasi Air (PETRA) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menganjurkan Program Hari Terbuka BPSM PETRA pada 27 hingga 29 Oktober 2026 bertempat di Dewan Baiduri, Menara PETRA.
Program ini merupakan acara tahunan yang menjadi platform penyampaian maklumat dan perkhidmatan pengurusan sumber manusia secara lebih dekat kepada warga PETRA. Sebanyak lima (5) kaunter khusus BPSM yang dikendalikan oleh Unit Latihan, Unit HRMIS, Unit Perkhidmatan, Unit Prestasi dan Kenaikan Pangkat dan Unit Psikologi turut disediakan untuk memberikan khidmat nasihat, maklumat serta penerangan berkaitan urusan perkhidmatan, pembangunan kompetensi, pengurusan HRMIS dan kesejahteraan psikologi kepada warga Kementerian. Selain itu, YBhg. Dato’ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha turut meluangkan masa untuk membuat semakan Buku Perkhidmatan beliau bagi memastikan rekod perkhidmatan sentiasa teratur dan dikemas kini.
Selain daripada kaunter BPSM, terdapat juga beberapa aktiviti utama dan sampingan yang telah diadakan sepanjang Program Hari Terbuka tersebut seperti zumba, Ceramah Antigangguan Seksual, saringan Kesihatan Minda melalui MySejahtera, Pemeriksaan HPV, Mamogram dan Konsultasi Perancangan Keluarga dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta Pemeriksaan Kesihatan, Pergigian dan Program Derma Darah dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
BPSM mengucapkan terima kasih atas kesudian YBhg. Dato’ Sri KSU dan semua warga PETRA kerana telah menghadiri dan memeriahkan Hari Terbuka BPSM PETRA tahun 2026.