Program Hari Integriti PETRA Tahun 2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟒 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐁𝐀𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐈𝐁𝐔 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐋𝐈𝐑𝐀𝐍, 𝐂𝐘𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menganjurkan Program Hari Integriti PETRA Tahun 2026 (Modul Pengukuhan Governan, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) Siri 1/2026) bertempat di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran, Cyberjaya. Program ini disertai seramai 350 orang warga PETRA serta agensi-agensi di bawahnya. Penganjuran kali ini julung-julung kalinya di anjurkan secara bersama oleh 10 agensi di bawah PETRA.
Program telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Mohd Norhisham bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) yang mewakili Ketua Setiausaha PETRA. Beliau dalam ucapannya menekankan kepentingan memahami dan menghayati nilai integriti yang diterjrmahkan kepada amalan sebenar serta membina persekitaran kerja yang berteraskan nilai amanah, jujur dan akauntabiliti.
Antara pengisian utama program adalah:
1. Sembang Santai yang bertema 'Integriti Diperkata, Amanah Dilaksana' yang mana disampaikan oleh Encik Fakhrul Hakimin daripada YADIM.
2. Forum Integriti bertemakan ' Cakap Mudah, Amal Susah; Memahami Integriti Dalam Tindakan. Forum dikendalikan oleh Encik Ts Mohd Fazil bin Ismail, Pengarah Seksyen Komunikasi Strategik SPAN selaku moderator bersama Dato' Sri Hj Mustafar bin Hj Ali, Ahli Lembaga Pengarah IIM dan Tuan Shamsul Salip, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM
Penganjuran program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan penghayatan warga kerja terhadap kepentingan integriti, pematuhan peraturan serta tanggungjawab sebagai penjawat awam.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penceramah, agensi jemputan, urus setia serta warga PETRA dan Agensi yang telah memberikan kerjasama dan menjayakan program ini.