Program Bicara Madani Sempena Ambang Ramadhan Peringkat PETRA

ππππππ ππππππ: ππππππ ππππ, ππππππππ ππππ | π π
πππππππ ππππ | πππππ πππππππ, ππππππ πππππ
βHari ini berlangsungnya Program Bicara Madani Sempena Ambang Ramadhan peringkat Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bertajuk "Reboot Hati, Recharge Iman", anjuran bersama Unit Integriti dan Surau An-Nur PETRA.
βProgram ini telah menampilkan penceramah jemputan istimewa, Ustaz Amirul Amin atau lebih dikenali sebagai PU Amin (Pencetus Ummah Musim Ketiga Tahun 2015), bagi memberikan perkongsian ilmu dalam mempersiapkan diri dan rohani menjelang bulan suci Ramadhan yang bakal tiba.
βBicara Madani ini menjadi platform penting untuk warga kerja PETRA memperkukuh integriti diri dan memantapkan kekuatan iman dalam menjalankan amanah tugasan seharian.
βTerima kasih kepada semua yang hadir memberikan sokongan, jom kita bersedia menyambut Ramadhan dengan hati yang bersih dan semangat yang baharu!