Program Agihan Bubur Lambuk

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐆𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 | 𝟐𝟕 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menganjurkan Program Agihan Bubur Lambuk di Pekarangan lobi menara PETRA. Program ini disempurnakan oleh YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA. Selain melancarkan program, YAB Timbalan Perdana Menteri turut meluangkan masa menyantuni dan mengagihkan bubur lambuk kepada warga kerja PETRA, JKPTG, JAS, dan PGN NRES.
Program ini bukan sekadar perkongsian juadah, malah simbolik kebersamaan dan keprihatinan pucuk pimpinan dalam meraikan warga kerja di bawah naungan kementerian. Semoga usaha murni ini diberkati dan mengukuhkan lagi silaturahim sesama kita.